السلام عليكم
إنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهْ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنِ اهْتَدَى بِهُدَاهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَآءً وَاتَّقُوا اللهَ الَّذِيْ تَسَآءَلُوْنَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا.
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا. أَمَّابَعْدُ؛
فَإِنْ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهَ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَّرَ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Renungilah firman Allah dalam ayat 133-134 surah Ali ‘Imran :
Maksudnya:
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;
134. Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik;
Kini kita berada di 1/4 bulan Sya’aban yang memberitahu secara tidak langsung kepada kita tentang betapa hampirnya kita dengan bulan Ramadhan. bulan yang mulia bulan yang penuh keberkatan, bulan yang menjanjikan keampunan dan pelepasan dari dosa kita
Di bulan Ramadhan ini kita di wajibkan berpuasa, puasa sebagai arena dan sarana melatih diri menjadi insan taqwa. Sebagaimana Firman Allah dalam surat Al-Baqarah 183.
Maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Sidang jumaat yang mengharapkan keridhaan Allah SWT.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan kehadirannya oleh ummat Islam, kerana di bulan itu banyak peluang dan kesempatan yang baik untuk meningkatkan keimanan dan amal ibadah. Bulan Ramadhan dikenal sebagai bulan barakah yang penuh keberkatan, bulan maghfiran bulan keampunan, sebagai bulan ibadah kerana di dalamnya berbagai ibadah serentak dilakukan, iaitu ibadah solat , zakat dan puasa dan pahalanya pula di lipat gandakan.
Rasulullah saw. Apabila menjelang kedatangan ramadhan beliau berkhutbah memberi motovasi kepada para sahabat dan ummat Islam untuk menyambut kedatangan Ramadhan ini dengan persiapan yang rapi, dan mengisinya dengan amal ibadah dengan penuh kesungguhan dan harapan. Sesuai dengan kedudukan Sya’aban yang berdekatan dengan Ramadhan maka ia dijadikan bulan latihan awal sebelum menghadapi tarbiah Ramadhan terutama sebagai mengikuti jejak langkah junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang menghidupkan bulan Sya’aban dengan amalan sunat seperti puasa, memperbanyakkan doa, memohon keampunan dosa dan sebagainya.
Marilah kita sama-sama merebut kelebihan bulan Sya’aban yang tinggal beberapa hari lagi ini untuk menambah bekalan akhirat yang merupakan suatu tempat kembali kita selama-lamanya. Jadikanlah diri kita sebagai golongan yang bijak yang sentiasa bersiap dengan bekalan akhirat melalui amal soleh disamping menjauhi sikap golongan yang bodoh yang begitu berangan-angan untuk mendapat Syurga Allah sedangkan amal ibadatnya bukan sahaja tidak bertambah malah banyak diabaikan disamping dosanya pula semakin bertimbun. Bulan Sya’aban juga dianugerahkan dengan suatu malam yang telah kita isi dengan pelbagai aktiviti amalan2 ibadah seperti memperbanyakkan amalan sunat terutama berdoa dan memohon keampunan dosa.iaitu malam Nisfu Sya’aban.
عن معاذ بن جبل عن النبي قال : يَطَّلِعُ اللهُ عزوجل عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعَ خَلْقِهِ إِلا َّ لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya :
Daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati (menurunkan rahmat dan membuka pintu keampunan kepada) makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan. (Isnadnya Hasan oleh Ibn Hibban dan At-Thobarani )
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Beradanya kita pada bulan Sya’aban ini marilah kita sama-sama mengatur jadual ibadat kita secara lebih sistematik dan tersusun, iaitu dengan meningkatkan program amar makruf dan meninggalkan kemungkaran. Agar nanti bila kita berada di dalam bulan ramadhan tidaklah terlalu kekok untuk kita melipat gandakan ibadat kerana pada bulan sya’ban ini kita telah bersedia dengan jadual yang sisematik. Cuba kita ingat kembali, pada bulan Ramadan lepas berapa kali kita khatam al-qur’an, kalau sekali pada ramadhan lepas, mungkin tahun ini kita bercadang untuk khatam sebanyak 2 kali atau lebih lagi, ramadhan lepas berapa hari kita tinggalkan solat wajib secara berjemaah, mungkin ramadhan ini kita bertekad untuk datang berjemaah bukan hanya solat wajib, tetapi ditambah lagi dengan solat sunat terawih dan witir. Ramadhan lepas berapa malam yang kita benar-benar bangkit untuk bertahajjud kepada Allah swt, insyaallah pada ramadhan ini kita juga bertekad untuk memperbanyakkan bangun di malam hari untuk bertahajud dan membaca al-qur’an di malam hari. Ramadhan lepas berapa banyak sedakah yang telah kita keluarkan selain zakat fithrah yang wajib, mungkin pada ramadhan ini bukan hanya sedekah yang akan kita keluarkan, bahkan kita bertekad untuk mengajak sahabat2 kita atau golongan miskin untuk berbuka puasa bersama-sama kita. Begitulah perancangan kita untuk ibadat2 lainnya telah kita susun rapi untuk kita bawa ke ramadhan nanti dan pastinya telahpun kita laksanakan sedikit sebanyaknya pada bulan sya’ban ini.
Begitu juga dengan menjauhkan tegahan Allah, di bulan yang mulia ini marilah kita bersama2 berubah bermula dari diri kita dahulu dengan menjauhi segala bentuk maksiat dan kemungkaran. Jauhkan diri kita dari mengadu domba, menghina dan mengkeji orang lain, menjaga lidah dari mengata sesuatu yang bukan hak kita untuk mengucapkannya, memfitnah, mengumpat dan sebagainya. Begitu pula kita tetap tidak terlepas dari arahan Allah untuk kita saling tegur-menegur dan nasihat menasihati rakan-rakan disamping kita. Betapa ramai rakan-rakan kita yang tidak menutup aurat mengikut apa yang telah digariskan oleh syari’at. Dan yang lebih menyedihkan apabila wanita yang tidak menutup aurat itu adalah dibawah tangungan kita. Yang aneh dan peliknya, kadang-kadang suami kelihatan bangga bila isterinya berpakaian mendedahkan aurat kepada khalayak ramai tanpa ada rasa bersalah dan cemburu di dalam hati melihat orang lain sama-sama melihat apa yang sepatutnya jadi miliknya sahaja.
Sabda nabi s.a.w
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ لَوْ رَأَيْتُ رَجُلًا مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسَّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ فَوَاللَّهِ لَأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ
Maksudnya :
Saad bin Ubadah telah berkata: Seandainya aku mendapati seorang lelaki bersama isteriku, maka tanpa maaf lagi, akan aku pancung dia dengan pedang. Apabila kata-kata Saad itu disampaikan kepada Rasulullah s.a.w, baginda pun bersabda: Apakah kamu merasa hairan dengan kecemburuan Saad? Demi Allah! Aku lebih cemburu daripadanya,
Kepada pihak2 yang bertanggungjawab juga, demi menghormati kedatangan bulan yang mulia ini. seharusnyalah, ada pemantauan dan kawalan terhadap aktiviti-aktiviti yang berbentuk melekakan dan mendorong kearah kemaksiatan. Lubang2 maksiat seperti pergaulan bebas tanpa had dan sempadan, hiburan-hiburan yang melalaikan, termasuk nyanyian dan tarian hendaklah ditutup semampu mungkin, jangan sampai bila kebanjiran maksiat barulah kita tersedar, sedangkan waktu itu bukan hanya pelaku kemaksiatan yang kelemasan tetapi akan melibatkan semua pihak, sementara kita tidak mampu berbuat apa-apa lagi.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Umat Islam, bermula dari diri sendiri, rakan sejawat, masyarakat dan kepimpinan teratas sehinggalah rakyat keseluruhannya wajib mengembalikan semula maruah dan kedudukan umat islam. terutamanya mengembalikan sifat malu yang sepatutnya subur dalam diri setiap perempuan. Hilangnya sifat malu akibat terpengaruh dengan laungan sesat yahudi yang berusaha menelanjangkan kaum wanita umat islam, sehingga sanggup menjual harga diri, membuka aurat tanpa rasa malu dan salah, serta sifat negatif yang lain amatlah merugikan bukan hanya kepada diri mereka, tetapi tempiasnya adalah terhadap ummat Islam lainnya juga.
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ الْأُولَى إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ – رواه البخاري
Maksudnya :
Daripada Abu Mas’ud berkata : Sabda nabi : Sebahagian daripada apa yang manusia ketahui tentang bicara nabi yang terdahulu: “Apabila engkau tidak merasai malu lakukanlah apa sahaja yang engkau mahukan”.
Satu ketika, sewaktu menunggu menjelangnya ketibaan ramadhan, rasulullah saw berkhutbah kepada sahabat-sahabatnya, Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Ali bin Abi Thalib r.a. berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ramadhan ini? " Jawab Baginda, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah."
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Selanjutnya......Persiapan Menjelang Ramadhan